Monday, January 11, 2016

Isu Ibu Breastfeed

Assalamu'alaikum. ^^

Kecoh FB, Insta and all social media pasal benda ni kan? Isu seorang ibu upload gambar tengah BF (bukan boyfriend ye adik2..breastfeed.. ) ^_^
Tarik nafas dalam-dalam. Macam-macam pendapat, macam pandangan, nasihat dan kritikan, perli-memperli, sindir menyindir dan etc..

Sedih, ketawa, pelik membacanya..hmm..Dah nama social media kan, memang nak tak nak kena hadap lah semua ni. Tapi agak sedih bila suami isteri masing-masing cuba pertahankan pendapat masing-masing di sosial media. Si isteri kate begitu, si suami pula kata begitu. Hmm..yang membacanya teman-teman FB. Apabila sosial media, nak tak nak tak boleh nak marah orang bila orang 'berprasangka' baik atau buruk atas sesuatu yang kita 'tonjolkan' tak kira walhal upload atau share seekor semut sekalipun. Kecuali kita buka FB, akaun kita tu tak ada kawan langsung, kita upload update status, share dengan diri kita sendiri sahaja. ^_^ Itu baru tenang seorang diri kan? hehe

Pendek kate isu ni, saya tak menyokong Amran ataupun bahagian ibu yang upload gambar tu. Kalau cara si penegur tak betul, takkan kita nak ikut sama menjerit dalam laman sosial? Wanita basically memang begitu, lagi di tegur lagi nak memberontak. Lagi nak kate diri dia betul. Sedikit sebanyak semua wanita mempunyai masalah ini including myself. Jangan bohong. Lumrah manusia bergelar wanita. Ego wanita dan ego lelaki ni agak berbeza sedikit. BF is very good and memang digalakkan dalam islam. Nursing in public is okay apabila keadaan terdesak sangat. Memang dah tak ada pilihan but still mengambil kira aspek-aspek aurat dan etc. Cuba sedaya upaya cari tempat yang tak ramai orang dan tak jadi perhatian. Zaman sekarang kita tak boleh jangka, tak boleh nak expect semua fikiran macam si ibu yang tengah menyusu, suci murni . Fikiran husband si ibu BF yang suci murni, atau fikiran adik-beradik lelaki si  ibu yang suci murni. Orang luar kita tak tahu. Marahkan orang yang fikir negatif tentang ibu BF dalam public. Orang putih adab dia berbeza. Saya banyak terbaca komen-komen lelaki sendiri yang kate, fikiran dan imaginasi lelaki ni 1000 cabang imaginasinya. Yang dah berkahwin mungkin dah biasa dan tahu, tapi yang masih belum berkahwin?Mesti membayangkan benda-benda yang tak sepatutnya. Manusia zaman sekarang, kalau semua otak lelaki waras dan bersih, tidak ada kes rogol bayi 2 bulan, kanak-kanak 3-4 tahun kan?

Ada yang bagi pendapat jaga maruah suami. Kadang-kadang kan, kita nampak ramai yang post dan share pasal si suami tidak menghargai isteri yang mengandung, beranak dan sebagainya tu . Tapi tanpa kita sedar sebagai isteri pun, setiap semua yang kita lakukan sepanjang setiap langkah pergerakan kita sebaik lafaz akad tu, dosa kita ditanggung oleh si suami kita.  Berat juga kan? Ini berkaitan di sana nanti ^_^ Jadi sebenarnya, betul sama-sama saling menghargai, melengkapi, membantu dengan cara yang lembut, cara tersendiri. Peringatan buat diri saya juga. insyaAllah..kita hidup dalam ketenangan bersama hehe

Maafkan saya andai terlebih terkurang dalam perkataan dan pandangan, Mungkin saya belum pernah melalui pengalaman BF, tapi soon insyaAllah. Saya insan lemah dan naif. hehe Jangan kecam saya. Mohon ampunnn..beribu ampun ya sayang-sayang mommy sekalian. Iya, Ssaya sokong BF!!! muah muahh hahaha barulah puteh..eh?

No comments:

Post a Comment