Thursday, July 21, 2016

Siapa nak jadi bos?

Assalamualaikum warga kota dan desa,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Mood masih hari raya tapi tak dapat nak beraya sangat. Alhamdulillah 9 Julai 2016, raya keempat hari tu aku selamat secara rasmi menjadi tunangan orang. Pada siapa? Biarlah rahsia..gittew haha. Kat Instagram ada upload gambar. Kisah cinta? Nanti-nanti ceghita.

Laa ni nak cita pasal siapa nak jadi bos? Semua pun nak jadi bos kan? Duk bilik aircond, boleh selalu pergi vacay, boleh duk bangun tidur kat umah tunggu duit masuk! Hah! Jangan mimpi! Tu kalau hang anak sultan MAYBE boleh la, tapi aku rasa anak sultan pun tak leh duk rilek macam tu tunggu duit masuk berjela. Punggung pastikan tak melekat sangat dengan gravity bumi ni, baru boleh duit masuk. Sekarang ekonomi sedia maklum naik giler mendadak, dengan wang masuk tak naik-naik..asyik menurun. BR1M? Kah! (satu je mampu gelak "kah!")

Ramai la orang duk tanya tak nak apply kerja kah? Sambil-sambil. Aku duk kira-kira duit gaji duk masuk bulan-bulan dengan duit keluar sama ja. Baik aku duk ghumah buat keja sndiri!Kalau dikira memang lebih dari kerja dengan orang. Tapi aku rasa itu dulu kot, sekarang orang makin faham dan nampak keadaan ekonomi sekarang. Makin ramai yang kerja kerajaan pun buat part-time business. Sebenarnya satu je sekarang ni. KAU RAJIN KAU DAPAT!

Tak relevan sangat dah belajar sampai PhD confirm gaji puluh ribu! Bussiness bermacam sekarang ni. Kena kreatif !
Tapi jangan ingat senang, aku baru setahun jagung pun tak sampai weh. Memang nak kerja sendiri sejak dulu, tapi susah la ,penat letih giler kerja sendiri nih.

Kita lah bos, kita lah kuli kita lah segala-galanya. Aku rasa orang buat bisnes ni 25jam kot kerja. Tak boleh duk diam, otak kena tung tang tung tang fikir cara, strategi, hala tuju, next target dan market! Tak boleh nak stay macam tu ja. Kalau tak memang orang cari lain! Haaaa..

Orang tengok duk terperap, duk rilek, ringan ja kerja tunjuk itu ini, duduk atas meja. Pergghh! Kau tak tau tengah tidur pun dia boleh mimpi Allah bagi ilham strategi next bisnes. Hahaha! Kadang-kadang masa mula-mula nak naik nih. Untung entah kemana, apa pun taraaakk.. Orang tau nak minta duit, nak mintak diskaun ja. Piirraaahh!

Kita nak bagi orang kenal produk. Kena melabur banyak pergi kelas sebagainya. Bila dah stabil baru ada kaut untung sikit-sikit. Berniaga 4-5 bulan hang jangan ingat dia dah kaya raya hang boleh minta itu ini sesuka hati. Dia struggle for her/himself, nak sustain dalam bidang ni. Tolong la paham. Dia tak minta lebih pun, dia minta paham situasi dia, jangan kacau dia ja, Jangan duk kutuk lebih-lebih, dia perlukan sokongan orang sekeliling. Hang tak yah duk kutuk sangat la, setahun lagi dia billionaire hang x tau. Hang setahun masih kerja gaji naik paling tak pun rm200-300? Tang tuu jugak gaji. Kalau yang berniaga, takyah la duk kutuk dia apa buat itu ini bla-bla, dia dalam prooses belajar. Kalau dia genius, sehari buat jualan dah untung juta weh. Itu lah namanya proses pembelajaran dalam perniagaan. Asam garam dia.

Okey bai, nanti sambung. Sel otak berhubung aktif nih.

**By the way sapa nak jadi agen boleh leave comment no telefon kat bawah. Untung giler. Tak nak dropship. JUST AGEN DAN STOKIS.