Tuesday, January 12, 2016

Impian Penulis Novel

Assalamu'alaikum wbt.
Syukur alhamdulillah. ^_^

Nak menulis skit hari ni. Hehe. Sebenarnya ramai yang tanya maira. Masa pergi audition ke, photoshoot ke, gathering ke ape-ape, orang tanye maira 
'cerita apa yang awak tulis?pasal diri sendiri ke?'
Hahaha takkan lah maira nak 'reveal' kan my story yang tak berapa nak menarik kan..kwang3

Sebenarnya tidak . Maira memang tak tulis cerita maira. Tapi maira suka tulis cerita orang! Kahkahkah
Tapi bukan yang negatif la..sebab dari dulu maira memang suka menjadi pendengar setia kalau orang nak bercerita, so bila maira dengar cerita-cerita, maira suka untuk ambil jadikan pengajaran untuk maira jugak dan kadang-kadang panduan untuk maira. Maira sebolehnya tak nak dan cuba elakkan untuk cuba mengarang cerita dongeng bayangan hasil fantasi maira yang entah apa-apa nak lelaki korea semua tuh. Hahhaa. 
So, maira menulis cerita berdasarkan realiti hidup tetapi maira cuba olah kena tokok tambah la kan dah namanya novel. Tapi inspirasinya daripada kisah-kisah mereka semua. Sama ada maira pernah baca dan mereka sendiri yang menceritakan.

Impian maira sebagai penulis novel ni ialah maira nak bila pembaca baca hasil penulisan maira, pembaca akan kata
'Good job! Sangat memberi inspirasi dan penuh pengajaran hidup''

Bukan hanya sekadar cerita atau kisah cinta kosong semata-mata.InsyaAllah! Walaupun first novel pun memang dah ade yang cakap banyak beri pengajaran, tapi maira harap second novel lebih lagi!Doakan for my second novel ya!!!


Sape dah baca novel pertama saya, say I !!! (ᵔᴥᵔ)

InsyaAllah memang banyak penambah baikan yang perlu dilakukan untuk masa akan datang.

Bubye!! xoxo


Monday, January 11, 2016

AGEN DAN STOKIS DIBUKA!


REBUT PELUANG TERHAD SEBAGAI AGEN/STOKIS KAMI DI SELURUH MALAYSIA! ✨

Pembaca yang dihormati, INAARA BEAUTY HQ ingin membuka peluang kepada anda menambah pendapatan dengan menjadi Stokis / Pengedar Berdaftar kami. Selain dari anda dapat menjana pendapatan atau rezeki yang halal, anda juga dapat membantu pengguna-pengguna mendapatkan risalah ini dengan mudah dan murah.

Hanya dengan CARA MUDAH ini anda mampu menjana pendapatan sambilan sehingga MINIMUM RM600 SEBULAN! Itu paling leceh la. Hakikatnya anda mampu mencapai hingga 4 angka sebulan tau!

KENAPA ANDA KENA JADI AGEN KAMI❓

* MODAL PERMULAAN YANG RENDAH
* KEUNTUNGAN YANG LUMAYAN 
* PRODUK FRESH & HIGH DEMAND !
* MARGIN KEUNTUNGAN TINGGI !
* REPEAT ORDER TINGGI
* PENGHANTARAN PERCUMA SELURUH MALAYSIA!
* IKLAN DI RADIO TEMPATAN MALAYSIA!!
* STOKIS TERHAD SETIAP KAWASAN/NEGERI JADI PELUANG NIAGA ANDA TINGGI

Berikut merupakan senarai pakej untuk agen dan stokis👇🏼

1) PAKEJ ROSALINDA : MODAL RM296

Kelebihan : 
-Akan dapat produk bernilai hampir RM400 mengikut harga retail
-Dapat testimoni fresh daripada HQ
-Boleh menggunakan ayat-ayat promosi daripada HQ
*minimum 5 botol serum (15ml)

2) PAKEJ SILVER : MODAL RM829 

Kelebihan:
-Akan mendapat produk bernilai hampir RM1200 mengikut harga retails
-Margin keuntungan setiap botol lebih tinggi!
-Dapat testimoni fresh dari HQ
-Mendapat FLYERS PERCUMA daripada HQ
*minimum 15 botol serum (15ml)


3) PAKEJ DIAMOND 'AMOR : MODAL RM1540

Kelebihan:
-Akan mendapat produk bernilai RM2370 !
-Margin keuntungan setiap botol yang lumayan
-Dapat testimoni fresh daripada HQ
-Mendapat FLYERS PERCUMA daripada HQ
♡ Diberikan TIKET PERCUMA kelas SIFU FB ADS terkenal di Malaysia!!!♡
*minimum 30 botol serum (15ml)


**Lagi banyak pembelian, lagi tinggi margin keuntungan yang akan kami beri!

Jangan bertangguh lagi! Buat pembayaran hari ini sebelum jam 3 petang dan barang anda akan terus dipos pada hari ini juga!
(Barang dijangka sampai dalam 3 hari waktu bekerja bergantung kawasan penghantaran)

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun:

CIMB INAARA BEAUTY : 8602308453

Sertakan

NAMA:
ALAMAT:
NO. IC :
NO.TELEFON:
PAKEJ :
WAKTU PEMBAYARAN & RESIT

&

WHATSAPP KE :

013.270.4742 // 010.228.1682 // 013.9010828 // 013.6033116

Anda juga boleh membuat pembelian untuk diri sendiri dengan harga agen minimum 1 botol setelah sah bergelar agen/stokis kami.

"YOUR BEAUTY SOLUTION"


Isu Ibu Breastfeed

Assalamu'alaikum. ^^

Kecoh FB, Insta and all social media pasal benda ni kan? Isu seorang ibu upload gambar tengah BF (bukan boyfriend ye adik2..breastfeed.. ) ^_^
Tarik nafas dalam-dalam. Macam-macam pendapat, macam pandangan, nasihat dan kritikan, perli-memperli, sindir menyindir dan etc..

Sedih, ketawa, pelik membacanya..hmm..Dah nama social media kan, memang nak tak nak kena hadap lah semua ni. Tapi agak sedih bila suami isteri masing-masing cuba pertahankan pendapat masing-masing di sosial media. Si isteri kate begitu, si suami pula kata begitu. Hmm..yang membacanya teman-teman FB. Apabila sosial media, nak tak nak tak boleh nak marah orang bila orang 'berprasangka' baik atau buruk atas sesuatu yang kita 'tonjolkan' tak kira walhal upload atau share seekor semut sekalipun. Kecuali kita buka FB, akaun kita tu tak ada kawan langsung, kita upload update status, share dengan diri kita sendiri sahaja. ^_^ Itu baru tenang seorang diri kan? hehe

Pendek kate isu ni, saya tak menyokong Amran ataupun bahagian ibu yang upload gambar tu. Kalau cara si penegur tak betul, takkan kita nak ikut sama menjerit dalam laman sosial? Wanita basically memang begitu, lagi di tegur lagi nak memberontak. Lagi nak kate diri dia betul. Sedikit sebanyak semua wanita mempunyai masalah ini including myself. Jangan bohong. Lumrah manusia bergelar wanita. Ego wanita dan ego lelaki ni agak berbeza sedikit. BF is very good and memang digalakkan dalam islam. Nursing in public is okay apabila keadaan terdesak sangat. Memang dah tak ada pilihan but still mengambil kira aspek-aspek aurat dan etc. Cuba sedaya upaya cari tempat yang tak ramai orang dan tak jadi perhatian. Zaman sekarang kita tak boleh jangka, tak boleh nak expect semua fikiran macam si ibu yang tengah menyusu, suci murni . Fikiran husband si ibu BF yang suci murni, atau fikiran adik-beradik lelaki si  ibu yang suci murni. Orang luar kita tak tahu. Marahkan orang yang fikir negatif tentang ibu BF dalam public. Orang putih adab dia berbeza. Saya banyak terbaca komen-komen lelaki sendiri yang kate, fikiran dan imaginasi lelaki ni 1000 cabang imaginasinya. Yang dah berkahwin mungkin dah biasa dan tahu, tapi yang masih belum berkahwin?Mesti membayangkan benda-benda yang tak sepatutnya. Manusia zaman sekarang, kalau semua otak lelaki waras dan bersih, tidak ada kes rogol bayi 2 bulan, kanak-kanak 3-4 tahun kan?

Ada yang bagi pendapat jaga maruah suami. Kadang-kadang kan, kita nampak ramai yang post dan share pasal si suami tidak menghargai isteri yang mengandung, beranak dan sebagainya tu . Tapi tanpa kita sedar sebagai isteri pun, setiap semua yang kita lakukan sepanjang setiap langkah pergerakan kita sebaik lafaz akad tu, dosa kita ditanggung oleh si suami kita.  Berat juga kan? Ini berkaitan di sana nanti ^_^ Jadi sebenarnya, betul sama-sama saling menghargai, melengkapi, membantu dengan cara yang lembut, cara tersendiri. Peringatan buat diri saya juga. insyaAllah..kita hidup dalam ketenangan bersama hehe

Maafkan saya andai terlebih terkurang dalam perkataan dan pandangan, Mungkin saya belum pernah melalui pengalaman BF, tapi soon insyaAllah. Saya insan lemah dan naif. hehe Jangan kecam saya. Mohon ampunnn..beribu ampun ya sayang-sayang mommy sekalian. Iya, Ssaya sokong BF!!! muah muahh hahaha barulah puteh..eh?