Friday, March 4, 2016

JANGAN MENYESAL DAN SEDIH !

Assalamualaikum


Just to share my opinion la. Never ever get disspointed, menyesal atau sama waktu dengannya if anything happened. Bagi contoh yang mudah la kalau pimples aka jerawat eh? Kalau i kadang-kadang rasa bersyukurbila difikir balik. Eh dah kenapa??

I think those yang mempunyai pimples/acne ni memang bertuah sebab salah satunya kita boleh tahu siapa yang betul-betul boleh terima kita seadanya kita. YES SEADANYA KITA. Sebut senang menerima seadanya. Which is semua orang pun boleh sebut benda tu, tapi dalam proses melaksanakan tu agak susah sebenarnya. Even though kita sendiri pun tak tahu kan sejauh mana kita boleh menerima baik buruk seseorang itu dengan sepenuhnya.

For example bab jerawat eh. Come on lah, mana ada lelaki yang nak teman wanita muka penuh jerawat? Malu lah wei nak show off pada family, pada member-member! Paling tak pun, kalau tak nak show off pun geli lah nak pandang! Euuwww! Jijik! ( Yes i admit masih wujud lelaki-lelaki yang pure hearted di luar sana ) Katakanlah eh, guy ni terima this girl yang muka berjerawat jadi girlfriend, pada mula-mulanya maybe dia buat rilek je. Tapi lama-kelamaan mesti dia akan makin berani sentuh bab muka. Ayat jaga hati ialah " Muka you dah okey tak? " atau makin lama ialah " Bila muka you nak licin?"

Eh ! Eh! Hamboi...kau ingat nak elok muka sekali parut jerawat tu ambik masa dua tiga bulan aje ke?? Kau ingat si tuan punya badan tu duk dalam bilik kat umah bertepuk tangan je ke bila tengok wajah sendiri kat cermin sejak dia akil baligh??? Cuba kau labur kan 30k ke bagi dia g New York Skin Laser tuh, confirm kalah Nora Danish!

Come on, itu baru masalah luaran jerawat yang insyaAllah kalau kena ubat dan gayanya akan hilang dan pulih cuma memang akan mengambil masa. PEREMPUAN MANA TAK NAK KULIT GEBU GEBAS? Kalau masalah itu pun tak boleh nak menerima, apatah lagi selepas kahwin nanti yang for sure bermacam-macam masalah mengenai KECANTIKAN si isteri akan timbul especially selepas melahirkan anak. Nanti sana sini dah gelebeh, kau rasa dia tak cari lain kalau sebelum kahwin pun dah complain itu ini bab kecantikan?Na'uzubillah..

Please lah, setiap orang masalah berbeza. Masalah jerawat ni kita tak boleh nak cakap. Banyak faktor. Kadang-kadang kita tak tahu dah berapa puluh ratus (sebab dia tak banyak duit nak sampai riburiban) pernah dia labur untuk cuba pelbagai jenis produk. Klinik pakar? Kau ingat satu klnik pakar dah confirm boleh sembuhkan? Tak ada 3-4k jangan harap. Sekali treatment pakar dah dua tiga ratus. Bukan sekali je kena pergi, at least 4-5kali baru stage pertama. Belum proses parut dan barang-barang skincare diorang lagi.

Kau tengok artis-artis atau model-model yang lecun tu tak ada orang sponsor pergi spa and klinik aesthethic ke? Atau tak pun, nak bandingkan dia muka berjerawat dengan sedara dia kenapa licin cantik? Wei, even kembar pun cap jari berbeza. Tak faham? Suka hati lah.

Ukur baju dibadan sendiri lah, kalau at least kau tu Bradd Pitt ke, ye lah nak request girlfriend ala-ala Angelina Jolie..ini setakat muka macam cukup makan demand giler bab nak mencari pasangan hidup? Bersyukurlah dan terima lah si dia seadanya yang sanggup terima kita seadanya. Kau ingat si dia tak laku sangat ke? Kalau ikutkan hati boleh petik jari je dia boleh pilih orang lain,tapi sebab dia percaya kau yang terbaik untuk dia saling melengkapi satu sama lain lah dia terima segala kekurangan kau jugak.

Senang cerita, bersyukur muka tak licin ala-ala Fathia Latiff, body tak se slim Fauziah Latiff, suara tak semerdu Dato' Siti Nurhaliza sebab boleh tahu siapa yang ikhlas terima hati kita bukan luaran kita semata-mata. ^_^

Jom cuba perbaiki dalaman kita juga, supaya si dia yang kita cintai juga sama-sama perbaiki dalaman. InsyaAllah ;)

**Banyak lagi sebenarnya example boleh bagi, contoh gagal dalam sesuatu menyebabkan kita berhenti disitu tetapi membawa kita ke satu arah yang lain menemukan kita dengan sesuatu yang lebih besar dan bermakna. Sebab Dia lah sebaik-baik perancang dan penentu hidup kita. Just move on..Keep smiling..**